Adamku….
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akal mu sembilan, nafsu mu satu. Akal ku satu, nafsu ku beribu. Oleh itu, Adam, pimpinlah tangan ku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.
Adamku…
Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersama mu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkan aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan pada ku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Adamku…
Ajarilah aku agar menjadi isteri mu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di lembah kaca. Selimutkan aku dengan imam dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh pada mu pada setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otak ku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku jadi calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiaah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidup mu Adamku.
No comments:
Post a Comment