Wednesday, January 2, 2013

.... Welcome 2013 ....

hi and Good day,, :)

First of all, I would like to thank to Allah because give me time again to write story in my luvly blog.
 Thanks Allah. 


Even though everyday I have to go through with busy day but the 1st thing I wanna say is,, Hi my blog!! Windudah lama sangat x update ape2 kat blog wanie yang tercayam ni. So starting now and onward, wanie akan try seberape yg boleh untuk ber'blogging' balik. :)

So,, dah say Good bye to 2012,, so now  wanie needs to welcome 2013 pula kan.

  Actually, byk benda nak buat thru this year. ye la kan,, maklumla,, baru dapat kerja.. kalau nak calculate dgn jari,, rase2 nye baru masuk bulan kedua wanie kerja,, tp ape2 pun wanie tetap bersyukur pada Allah pasal bg wanie kerja, dan dpt juga merasa environment kerja. Before this, merasa environment blajar je. smpaikan suatu masa tu,, bila nak exam,, rase nak muntah je. hehehe. lucukan.. nak kate rajin blajar,, wanie la antara yang malas nak blajar. hu3

For new year nie, wanie dah buat list dah.. ape benda yang wanie nak achieve through out this year and maybe it will keep on continue with next year. 

1) Buy car. 
nak tahu x kete ape wanie nak beli?? hehe.. tggu wanie update later on ye. hopefully, dgn izin Allah.. dpt la wanie beli kete idaman wanie tu. Amin. :)

2) Save duit
yang nie mmg kena save kan,, so far,, wanie kena discipline kan diri wanie untuk simpan,, dah guna time terdesak je. 
lagi satu,, dah umur 25 tahun nie,, kena la simpan untuk hari tua kan,, ceeewah,, sebenarnye nak simpan untuk kawen,, cakap je nak simpan untuk hari tua. :)

3)travel 3 or more places. and it might be jeng jeng jeng!!!! 
* pulau sipadan
*pulau langkawi
*pulau perhentian
* indonesia
*China

semua nie hanye lah perancangan saje. tgk la kalau dpt duit bonus ke ape ke kan.. :) 

  • Ingat nye nak update gambar convo. esok la wanie update. Hari nie byk sgt kerja nak buat. just keep wait ya. :)



Tuesday, February 14, 2012

Father..

Tonite I wanna dedicate this article only for my luvly father. I do really2 mis him so much. I just found new article from other blog and it is very interesting article and everything was said in that article also happen to me. my father is very good father and no one can replace him. 

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit @ demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

P/s: Mari kita sayang kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup...

Saturday, February 11, 2012

Spread Some Love! very important quotes to hold on to

Boring nye hari nie.. x tahu nak buat ape.. Mr N pula keluar dgn membe2 dia g Taman Negara.. aku kemas bilik je hari nie.. nie kan final sem.. so.. byk la yg kena pack.. huhuhu.. penat2.. tp x pe.. amik masa sekejap.. nak share something useful for this afternoon..

bila sebut pasal merunggut.. aku percaya.. semua org mesti merungut kan.. x kira la time senang or susah.. pasti ade je yg merungut kan.. so.. try to look at at below pict. so.. i guess everybody will know what i m trying to say. this is also for me. aku kan suka merungut. hopefully,. with these quotes.. i can do some improvement in my life. be a better muslimah. no always merunggut sahaja. :)

Thursday, February 9, 2012

Solat Tiang Agama..

tahukah semua.. bahawa focus dan khusyuk dlm solat itu penting?? di sini sy nak share something useful for us.. dalam solat.. kalau kita mengamati dan mengetahui makna bacaan kite.. it is more easier for us to gain khusyuk in our solat..
first: duduk di antara dua sujud

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)


Begitu bermakna sekali setiap ungkapan dlm sembahyang kita kan kawan2.. dr mula start dgn memohon ke ampunan terus smpai kpd 'maafkan aku'.Selama ni main sebut je.. x tahu maksud.. so, skrang dah tahu,, :) 


kat bawah nie pula maksud surah AL-FATIHAH: 


 



Sunday, February 5, 2012

6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.

1. Dari segi warna
  
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging
  
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).
3. Dari lemak yang kelihatan,
  
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
4. Dari segi tekstur
  
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan
5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

I LUV THIS SONG.. :) sesungguhnya

my birthday

my birthday
aku dan ain :)